![]() |
| Lokasi Am Lepak Music Cafe |
Am Lepak Music Café merupakan nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di Kota Samarahan khasnya mereka yang tinggal di kawasan perumahan
Samarindah, Uni Garden, Kampung Merdang Lumut, Merdang Gayam, Kampung Melaban,
Kampung Nangka, Kampung Entingan, Kampung Mangka dan mereka yang tinggal
berdekatan.
Banyak juga tempat menarik berdekatan yang harus dikunjungi bagi anda yang inginkan hiburan dan makanan asli dari Sarawak iaitu Humah Nibong, Rumah Asap Dayak, D'Dayak Cafe, Dapuh Temuai, Ruai Lelemai, Boo Boo Café dan Rumah Pansuh Dayak, Paris Bistro dan Sada Borneo.
Tidak kurang nya, Am Lepak juga sering menjadi tumpuan kerana ada juga menyediakan makanan asli Sarawak ( non halal ) makanan panggang, lok-lok, ikan panggang, ayam goreng, makanan ringan seperti kerepek pisang, ikan lelumi’ merah ( sweet & spicy ), Ikan pusu goreng dan kacang goreng.
Selain itu, sudah tentu nya pengunjung dapat menikmati minuman ringan dan bir sambil berhibur dengan muzik-muzik yang dimainkan.
Bagi anda yang inginkan suasana Cafe yang santai, bersih dan pemandangan yang luas, Am Lepak music Café merupakan tempat yang harus anda kunjungi bersama keluarga. Berkonsepkan Music Café, pada setiap hujung minggu pengunjung akan berpeluang berjumpa dan dihiburkan oleh artis tempatan Sarawak.
Sekiranya ingin mengasah bakat dalam bidang nyanyian, anda juga berpeluang berkaraoke kerana di Am Lepak
Music Café ada menyediakan mini system Karaoke. Selain itu, bagi anda yang
ingin menyambut “party” seperti reunion, harijadi, hari ulangtahun dan
sebagainya, anda dialu-alukan untuk menghubungi pihak pengurusan Am Lepak Music
Café kerana pakej yang disediakan sangat berpatutan.
Selain itu, pihak pengurusan juga membantu dalam perkembangan muzik tempatan Sarawak dengan memberi ruang kepada artis Sarawak mempromosikan karier dan lagu mereka melalui pelancaran album. Secara tidak langsung, pihak pengurusan akan turut membantu mempromosikan aktiviti mereka melalui platform digital seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.
Selain itu, pihak pengurusan juga membantu dalam perkembangan muzik tempatan Sarawak dengan memberi ruang kepada artis Sarawak mempromosikan karier dan lagu mereka melalui pelancaran album. Secara tidak langsung, pihak pengurusan akan turut membantu mempromosikan aktiviti mereka melalui platform digital seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.
Seperti tempat lain yang berdekatan, Am Lepak Music Café juga salah satu yang tempat berkumpulnya penggiat seni, penyanyi, komposer, pemuzik, penari, DJ Radio, pemilik butik dan ramai aktivis seni tempatan yang lain, menjadi pilihan untuk berjumpa sambil berkongsi pengalaman, berkongsi ilmu dan sebagainya….Silalah berkunjung dan anda akan disambut mesra oleh staff Am Lepak Music Cafe...Terima kasih.
Untuk pertanyaan atau informasi, sila layari Facebook Am
Lepak Music Café atau Facebook Assapai Music Production DVD / hubungi 0168074927
( Whatssap ) 016-6937893 ( Tel ).
Recap galeri event yang telah dianjurkan dari bulan September 2019:





















Tiada ulasan:
Catat Ulasan