Am Lepak Music Cafe adalah sebuah kedai berkonsepkan Muzik
dan Kafe yang terletak di Kota Samarahan Sarawak. Jarak dari Bandaraya Kuching dianggarkan sejauh 6 kilometer, 20 minit perjalanan dari Bandaraya
Kuching. Terletak di bangunan blok kedai pertama sebelah kiri apabila melalui jalanraya
bulatan Kota Samarahan menuju ke Bandar Riyal dan Taman Samarindah. Di buka
dari jam 7.00 petang hingga tengah malam setiap hari kecuali hari Selasa.
 |
| Lokasi Am Lepak Music Cafe |
Mula beroperasi dari tahun 2016, diuruskan oleh seorang
penggiat seni tempatan Sarawak dari Kumpulan Loudness Empire Encik Leo Moggie.
Pada awal bulan Setember 2019, segala
operasi perniagaan Am Lepak Music Café mula diuruskan sepenuhnya oleh Assapai Music
Production Team Management yang diketuai oleh dua beradik iaitu Clement Saran
dan Maxwel Franklin Saran.

Am Lepak Music Café merupakan nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di Kota Samarahan khasnya mereka yang tinggal di kawasan perumahan
Samarindah, Uni Garden, Kampung Merdang Lumut, Merdang Gayam, Kampung Melaban,
Kampung Nangka, Kampung Entingan, Kampung Mangka dan mereka yang tinggal
berdekatan.

Banyak juga tempat menarik berdekatan yang
harus dikunjungi bagi anda yang inginkan hiburan dan makanan asli dari Sarawak iaitu Humah Nibong, Rumah Asap Dayak, D'Dayak Cafe, Dapuh
Temuai, Ruai Lelemai, Boo Boo Café dan Rumah Pansuh Dayak, Paris Bistro dan
Sada Borneo.
Tidak kurang nya, Am Lepak
juga sering menjadi tumpuan kerana ada juga menyediakan makanan asli Sarawak (
non halal ) makanan panggang, lok-lok, ikan panggang, ayam goreng, makanan
ringan seperti kerepek pisang, ikan lelumi’ merah ( sweet & spicy ), Ikan pusu goreng dan kacang goreng.
Selain itu, sudah tentu nya pengunjung dapat menikmati
minuman ringan dan bir sambil berhibur dengan muzik-muzik yang dimainkan.
Bagi anda yang inginkan suasana Cafe yang santai, bersih dan
pemandangan yang luas, Am Lepak music Café merupakan tempat yang harus anda kunjungi bersama keluarga. Berkonsepkan Music Café, pada
setiap hujung minggu pengunjung akan berpeluang berjumpa dan dihiburkan oleh
artis tempatan Sarawak.
Sekiranya ingin mengasah bakat dalam bidang nyanyian, anda juga berpeluang berkaraoke kerana di Am Lepak
Music Café ada menyediakan mini system Karaoke. Selain itu, bagi anda yang
ingin menyambut “party” seperti reunion, harijadi, hari ulangtahun dan
sebagainya, anda dialu-alukan untuk menghubungi pihak pengurusan Am Lepak Music
Café kerana pakej yang disediakan sangat berpatutan.
Selain itu, pihak pengurusan juga
membantu dalam perkembangan muzik tempatan Sarawak dengan memberi ruang kepada
artis Sarawak mempromosikan karier dan lagu mereka melalui pelancaran album. Secara tidak langsung, pihak pengurusan akan turut membantu
mempromosikan aktiviti mereka melalui platform digital seperti Facebook,
Instagram dan sebagainya.
Seperti tempat lain yang berdekatan, Am Lepak Music Café
juga salah satu yang tempat berkumpulnya penggiat seni, penyanyi, komposer,
pemuzik, penari, DJ Radio, pemilik butik dan ramai aktivis seni tempatan yang
lain, menjadi pilihan untuk berjumpa
sambil berkongsi pengalaman, berkongsi ilmu dan sebagainya….Silalah berkunjung dan anda akan disambut mesra oleh staff Am Lepak Music Cafe...Terima kasih.
Untuk pertanyaan atau informasi, sila layari Facebook Am
Lepak Music Café atau Facebook Assapai Music Production DVD / hubungi 0168074927
( Whatssap ) 016-6937893 ( Tel ).
Recap galeri event yang telah dianjurkan dari bulan September 2019: